Friday, August 31, 2012

Tanam 100 pokok sempena sambutan Hari Wanita ke-100

Tanam 100 pokok sempena sambutan Hari Wanita ke-100

JOHOR BAHRU 8 Mac - Hospital Permai dengan kerjasama Unit Local Agenda 21 (LA 21) Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini menganjurkan program menanam 100 pokok sempena sambutan Hari Wanita ke-100.

Wakil Pengarah Hospital Permai, Dr. Haslina Mohd. Yusof berkata, program berkenaan adalah simbolik kepada 100 tahun sambutan hari berkenaan.Beliau berkata, pihaknya berbesar hati untuk melaksanakan program tersebut kerana ia adalah sebahagian daripada cara untuk menghargai sumbangan kaum wanita kepada pembangunan tetapi pada masa sama membantu mengindahkan alam sekitar.

"Program ini adalah salah satu cara untuk masyarakat mengenang sumbangan golongan seperti kami dalam membangunkan negara," katanya semasa berucap pada majlis tersebut di Hospital Permai di sini hari ini.
Pada majlis itu, sebanyak 100 pokok hiasan ditanam di sekitar bangunan baru Hospital Permai di Kempas di sini yang sedang dalam fasa terakhir untuk disiapkan.

Sementara itu, Ketua Unit LA 21 MBJB, Inzura Kosmin berkata, program itu merupakan simbolik dalam membuktikan komitmen wanita dan tanggungjawab mereka dalam bersama-sama membangunkan negara.
Katanya, ia wajar dilakukan kerana secara tidak langsung dapat membantu pihak MBJB mengindahkan landskap di kawasan bandar raya.Menurutnya, pokok yang ditanam tersebut adalah daripada jenis pokok hiasan dan lindungan.

ARKIB : 09/03/2011

No comments:

Post a Comment